Cemari Sunagi Balak, kilang proses makanan diarah tutup – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sebuah kilang memproses makanan diarah tutup serta-merta selepas didapati melepaskan air berwarna putih dan berminyak ke dalam Sungai Balak berhampiran Kampung Baru Balakong, kata Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Tuan Ibrahim berkata tindakan itu diambil selepas siasatan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor berjaya mengesan kejadian berkenaan.

“Aduan tular berhampiran Kampung Baru Balakong (mendapati) air sungai berwarna putih dan berminyak (telah) mengalir berterusan ke Sungai Balak.

“JAS Selangor membuat siasatan dan mendapati sebuah kilang memproses makanan melepaskan air warna putih menerusi saluran paip bawah tanah.

“Operasi kilang diarahkan berhenti,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter hari ini.

Rabu lalu, polis membuka kertas siasatan berhubung kes pencemaran air di alur sungai di Jalan KB 1/10, Kampung Baru Balakong, Kajang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata siasatan dijalankan susulan laporan dibuat pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor semalam berkaitan insiden pencemaran itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat