Dr Hamdi Abd Shukor Dilantik Naib Canselor UM Baharu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), mengumumkan perlantikan YBhg Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor,49, sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang baharu berkuatkuasa 1 November ini.

Memetik kenyataan KPT sebentar tadi, pelantikan Dr Mohd Hamdi bagi menggantikan penyandang jawatan, Datuk Dr Abd Rahim Hashim yang akan tamat kontrak esok. Pelantikan Dr Mohd Hamdi sah untuk tempoh tiga tahun sehingga 31 Oktober 2023.

“Pelantikan itu dibuat selepas Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam bersidang dan membuat penilaian  terhadap calon pada 05 Oktober lepas,

“KPT percaya dengan pelantikan ini, Dr Hamdi dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan beliau dalam mengekalkan pencapaian dan kegemilangan UM sebagai universiti penyelidikan terkemuka di negara ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, KPT turut juga merakam penghargaan terima kasih kepada bekas Datuk Abd Rahim atas sumbangan dan kepimpinan beliah selama berkhidmat sehingga UM dinobatkan sebagai antara universiti terbaik didunia.

Dr Hamdi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan (Mekanikal) dari Imperial college, London, England; Master of Science in Advanced Manufacturing Technology and System Management dari Universiti of Manchester Institute Science and Technology, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD), Doctor of Engineering on Thin Film Coating for Biomedical Applications dari Kyoto University, Jepun.

Beliau juga yang sudah berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hampir dua tahun pernah memegang jawatan pentadbiran dan akademik lain seperti Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UM.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat