Ka Siong anggap tindakan Khazanah dan MOT bakal lemahkan MAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan perancangan jangka panjang Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkait masa depan dan penyelesaian masalah yang dihadapi Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Ka Siong selaku bekas Menteri Pengangkutan melahirkan rasa panik dengan masalah runcing yang dihadapi syarikat penerbangan negara itu seperti yang dimaklumkan Anthony Loke iaitu masalah komponen mekanikal yang menyumbang kepada beberapa insiden teknikal membabitkan pesawat MAB seperti dilaporkan sejak akhir- akhir ini.

Bukan cuma hal teknikal, syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara pesawat MAB, MAB Engineering Services (MABES) juga didapati kekurangan pekerja mahir.

Menurutnya, CAAM mendapati seramai 63 daripada 411 pekerja MABES yang boleh memperakukan perihal selamat pesawat penerbangan telah berhenti dan berhijrah ke tempat lain.

Justeru Ka Siong tampil menyatakan alasan yang dikemuka Loke tidak boleh diterima, beliau malah menuntut solusi yang mampan demi kelangsungan MAB.

“Mula-mula saya frust betul, bengang tapi saya tak panik sebaliknya saya nampak menteri sudah panik. Lepastu menteri tuduh saya kasi orang panik.

“Baru tadi saya baca kenyataan menteri tentang masalah Malaysia Airlines, tak cukup pakar teknikal, tak cukup alat ganti. Ini bukan main-main, ini siapa yang tak panik? saya tengok satu dunia sudah panik. Saya sekarang pun panik sebab saya nampak Menteri macam tak panik,” kata Ka Siong dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.

Kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, dalam hantaran Facebook pertamanya, beliau hanya minta kerajaan dan Kementerian Pengangkutan (MOT) membantu Malaysia Airlines untuk mencari penyelesaian supaya insiden seumpama ini tidak berulang lagi.

“Setelah menteri menuduh saya menyebabkan panik, kini menteri sendiri memberi penjelasan bahawa masalah alat ganti pesawat dan juga kekurangan pakar teknikal penyelengaraan dalam bidang aeronautikal itu sebab menyebabkan semua masalah teknikal ini berlaku.

“Itulah saya tak faham apabila Khazanah Nasional mengajak SIAEC yakni Singapore Airlines Engineering Company untuk mengguna pakai fasiliti hangar Subang, Malaysia, ini memang satu inisiatif yang baik, saya puji menarik pelaburan tetapi kena fikir juga,” ujranya.

Ka Siong menyifatkan tindakan MOT itu seolah-olah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

“Anak kamu sendiri MAS, anak syarikat Khazanah apa implikasinya tindakan ini? Sedar atau tidak memberi impak dan kesan saingan sengit kepada MAS di tanah sendiri. Lebih-lebih lagi SIAEC beroperasi sejak awal tahun ini, lihatlah iklan (kerja kosong) bagaimana mereka menarik pekerja tempatan kita untuk bekerja dengan mereka,nampak jelas ramai dah tahu dah.

“Sebab itu Menteri MOT sendiri cakap 63 pakar tinggalkan MAS, ini sepatutnya bagi saya dalam jangkaan.

“Macam ini lah YB kalau tak faham, saya bagi satu analogi, kamu ada warung Nasi Ayam Hailam dalam tanah sendiri tetapi tiba-tiba kamu sewakan tanah sebelah warung ini untuk orang Singapura bagi buka warung Nasi Ayam Hailam yang sama, jadi bila Nasi Ayam Hailam Singapore datang dengan kekuatan dolar Singapuranya dari mana dia mahu dapatkan pekerja, sudah tentu jawapannya jelas.

“Habis selepas 8 bulan sejak awal tahun ini dah mula penghijrahan pekerja, kamu ke warung Nasi Ayam Hailam Singapura, apakah persediaan yang kamu buat untuk warung asal kamu ini? Bila tawaran lebih lumayan sudah tentulah orang kita akan berhijrah pergi bekerja dengan warung Nasi Ayam Hailam Singapura, takkan inipun salah Wee Ka Siong?

“Eh tak cukup pakar teknikal, tak cukup alat ganti alasan sebegini tidak boleh dipakai atau diterima, saya penyokong tegar MAS, saya masih menaiki MAS sehingga hari ini, marah-marah tak selesai masalah, panik apa MOTku? soal Ka Siong lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat