Tun Sakaran Dandai Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas 24 jam berita pemergian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin semalam, hari ini, Sabah kehilangan seorang lagi tokoh pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri tersebut.

Pagi ini, bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Sakaran Dandai, 91, mengembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles.

Anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mengesahkan perkara itu.

“Ya betul, ayahanda saya sudah meninggal dunia pagi ini. Pihak hospital baru sahaja menghubungi keluarga kami pada pukul 6 pagi ini.

“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan disemadikan di Makam Pahlawan,” katanya memetik Utusan.

Allahyarham, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dimasukkkan ke hospital swasta berkenaan sejak 18 Ogos lalu akibat jangkitan COVID-19 dan beliau kemudiannya di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 24 Ogos lalu.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.

Tun Sakaran juga merupakan bapa saudara kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat