Lebih 14 Juta Polulasi Dewasa Lengkap Dua Dos Vaksin -JKJAV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 populasi dewasa di negara ini telah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 memaklumkan, sebanyak 82.8 peratus atau 19,389,392 pula sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam sebanyak 34,027,548 dos.

Menurut JKJAV, 59.4 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala 44.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan sebanyak 302,804 dos dengan 142,186 individu menerima dos pertama. manakala 160,618 pula lengkap dos kedua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat