Dua beradik didakwa di bawah AMLA seleweng minyak masak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – – Seorang pemilik syarikat pembungkusan minyak masak subsidi bergelar ‘datuk’ dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 5, Alor Setar, Kedah pada Rabu atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM218,524.80 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Tertuduh, Datuk Mohd Farid Mohamad Ali yang juga Ahli Majlis Daerah Tanjung Malim didakwa mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 dan dibaca bersama dengan subseksyen 87(1)(a) akta sama dan seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, adiknya, Mohd Fadhil Mohamad Ali turut didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan Mohd Farid untuk melakukan kesalahan sama, di lokasi dan tarikh sama.

Kedua-dua tertuduh, Farid, 42, dan adiknya, Fadhil, 38, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin dan Keshwinder Singh.

Hakim menetapkan 1 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh

Sebelum ini, pada 25 Jun lalu, kedua-dua tertuduh di atas telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 52 pertuduhan berhubung tuntutan palsu pembekalan minyak masak, berlaku pada dua tahun lalu.

Datuk Mohd Farid dan Mohd Fadhil, didakwa memberikan dokumen palsu iaitu Penyata Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Kepada Kilang Penapis/Pembungkus Minyak Masak Sawit Tulen yang mengandungi butiran matan palsu kepada tiga kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu maklumat penjualan minyak masak kepada syarikat-syarikat peruncit yang mana tertuduh tahu bahawa penjualan minyak masak itu sebenarnya mengandungi matan palsu, yang kesemuanya bernilai RM1.57 juta.

Kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah diatas tuduhan yang dinyatakan.

Farid merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Tanjung Malim.

Farid mengaku tidak bersalah atas 52 pertuduhan itu membabitkan pilihan memalsukan invois dan dokumen penghantaran yang terkandung dalam Pernyata Tuntutan Bayaran Kewangan kepada kilang sama dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan untuk menipu.

10 Jun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melumpuhkan satu sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam satu operasi yang dinamakan OPS RBD dan telah menahan seramai 4 orang pengarah syarikat berhubung kuota pembekalan minyak subsidi daripada KPDNHEP.

Isu berhubung penyelewengan minyak masak bersubsidi ini merupakan isu ketirisan yang mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit buat kerajaan.

Berdasarkan perkiraan kasar SPRM, sindiket ini telah mengaut keuntungan atas bayaran subsidi sebanyak RM21.6 juta sejak beroperasi selama 3 tahun dan terdapat 9 buah syarikat yang dikawal oleh sindiket ini.

SPRM turut membekukan 12 akaun milik individu dan syarikat berjumlah lebih RM25 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat