KUALA PILAH – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan memaklumkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahas di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, laporan dan syor RCI Tabung Haji ini akan dibahas di Dewan Rakyat sekali gus membuka ruang ketelusan selebarnya.
“RCI Tabung Haji kena tunggu, akan ada perbahasan di Parlimen,
“Jadi Insya-Allah boleh tunggu nanti ia akan diperbahaskan di Dewan Rakyat.
“Sekarang kita simpan dulu,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas Majlis Kuala Pilah Berselawat.
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Sidang Khas Parlimen membincangkan laporan RCI TH akan diadakan 11 Ogos depan, membuka ruang kepada penelitian menyeluruh terhadap dapatan siasatan dan hala tuju pembaharuan institusi pengurusan haji negara.



