Brunei sumbang alat bantuan pernafasan, PCR Covid-19 test bernilai RM1.7 juta

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Hasil keakraban, Brunei telah menyumbang kelengkapan perubatan bernilai RM1.7 juta kepada Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu beliau baru selesai mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan, Menteri Luar Negeri II Negara Brunei Darussalam

“Alhamdulillah, saya ingin maklumkan bahawa Kerajaan Brunei Darussalam berbesar hati menyumbang alat bantuan pernafasan dan PCR COVID-19 test kits bernilai RM1.7 juta yang akan ditempatkan di Hospital Kerajaan di Labuan, Sabah dan Sarawak.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerajaan Brunei Darussalam atas keprihatinan ini,” ujar Hishammuddin dalam catatan di Facebook pada Rabu.

Menurut Ahli Parlimen Sembrong itu, Brunei antara negara terawal yang bekerjasama dengan Malaysia sejak pandemik melanda tahun lalu.

“Inilah lambang keakraban kedua-dua negara saya dan Dato Erywan. Saya akan pastikan hubungan baik ini terus dipelihara sebaiknya. Terima kasih Brunei!

“Selain sumbangan, tadi kami turut menyentuh tentang pelaksanaan lima konsensus yang dicapai semasa Mesyuarat Pemimpin ASEAN April lalu berhubung ASEAN-Myanmar – mandat dan pelantikan utusan khas ASEAN serta garis masa yang relevan untuk melaksakannnya,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat