Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos, taat titah Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu persidangan khas Parlimen akan diadakan sebelum 1 Ogos mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam satu kenyataan bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, keputusan itu selaras titah Yang di-Pertuan Agong yang menuntut sidang Parlimen secepat mungkin.

“Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada majlis menghadap telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri.

“Dan adalah dicadangkan kepada Perdana Menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” kata kenyataan bersama dua Speaker berkenaan.

Menurut Rais dan Azhar pada majlis menghadap pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021.

“Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta timbalan masing-masing menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

“Susulan itu kami telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan seperti yang dititahkan Baginda,” ujarnya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan, berkata Al-Sultan Abdullah berpandangan sidang Parlimen itu perlu mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan dan Parlimen.

Pandangan itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong selepas berkenaan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Yang turut menghadap, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad serta dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat