Sebanyak 77 menara telekomunikasi akan dibina perbaiki liputan telekomunikasi di lebuh raya

CYBERJAYA – Sebanyak 77 buah menara telekomunikasi baharu akan dibina di sepanjang kira-kira 50 kilometer jajaran lebuh raya di negara ini yang dikenal pasti tidak mendapat liputan telekomunikasi internet yang memuaskan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah pembinaan itu untuk memperbaiki liputan telekomunikasi di kawasan lebuh raya adalah hasil kerjasama strategik antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Ini merupakan satu langkah yang signifikan dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan infrastruktur negara serta memastikan manfaat pembangunan digital dapat dirasai dengan lebih meluas,” katanya ketika berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara MCMC dan LLM di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu masa dahulu lebuh raya dinilai berdasarkan keupayaannya menghubungkan destinasi tapi hari ini lebuhb raya telah menjadi koridor ekonomi strategik yang menghubungkan pusat perdagangan, kawasan perindustrian, pelabuhan, lapangan terbang dan komuniti di seluruh negara.

“Infrastruktur lebuh raya pada masa hadapan perlu dibangunkan dengan pendekatan yang lebih pintar bersepadu dan berdaya tahan,” kata beliau.

Menurutnya, memorandum yang dimeterai merupakan sebahagian daripada usaha yang besar ke arah merealisasikan pembangunan Lebuh Raya Pintar di Malaysia..

Dengan kerjasama ini, rakyat akan menikmati akses komunikasi yang lebih baik sepanjang perjalanan termasuk komunikasi kecemasan, aplikasi navigasi, maklumat trafik masa nyata serta pelbagai perkhidmatan digital lain.

Bagi Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil kerjasama ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan komitmen kerajaan untuk memastikan manfaat pendigitalan untuk dinikmati seluruh rakyat untuk mengangkat semangat “Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet”.

Beliau berkata MCMC dan LLM akan menubuhkan satu Pasukan Petugas Bersama yang mempunyai peranan menyelaras pelaksanaan projek, mengenal pasti kawasan keutamaan serta menangani cabaran perlaksanaan dengan lebih pantas dan berkesan.

“MCMC telah memulakan langkah pelaksanaan melalui pelawaan yang dikeluarkan pada 15 Mei 2026 bagi menambah baik liputan internet di beberapa lebuh raya utama yang dikenal pasti memerlukan penambahbaikan, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), West Coast Expressway (WCE) dan Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

Datuk Seri Fahmi memohon supaya Datuk Seri Alexander mempertimbangkan mekanisme kelulusan khas bagi projek berskala besar seperti ini supaya pelaksanaannya dapat dipercepatkan.

“Komitmen ini juga mencerminkan usaha kerajaan untuk memastikan pembangunan digital negara tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, tetapi turut merangkumi koridor pengangkutan yang menghubungkan rakyat, komuniti dan aktiviti ekonomi di seluruh negara,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat