Izzah, cakap sahaja Rafizi tak diperlukan sebab itu kamu lawan dia – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi bersetuju dengan saranan Datuk Seri Nazri Aziz agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memujuk Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk terus kekal dalam Kabinet.

Puad malah mempersoalkan maksud Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bahawa Rafizi telah memperkenalkan gagasan dan dasar yang mengubah wacana khususnya tadbir urus, ketelusan, dan keadilan ekonomi negara.

“Nurul Izzah kata dasar dan idea Rafizi akan diteruskan. Saya tanya Nurul Izzah apa dia idea Rafizi yang bagus sangat untuk rakyat atau negara? PADU? Turun harga kereta?

“Izzah perlu lebih spesifik apa dia gagasan Rafizi yang telah mengubah wacana negara? Beri satu contoh khususnya dalam tadbir urus dan keadilan ekonomi.

“Jangan hipokrit. Saya setuju dengan Nazri Aziz. Tidak perlu pujuk macam Rafizi itu bagus sangat. Kurangkan drama politik.

“Cakap sahaja bahawa Rafizi tidak diperlukan sebab itu kamu lawan dia,” bidas Speaker DUN Johor itu dalam kenyataan pada Jumaat.

Puad malah menggesa Presiden PKR segera menggantikan kekosongan Kabinet yang ditinggalkan Rafizi dan Nik Nazmi.

“Beritahu Presiden ganti segera Rafizi dan Nik Nazmi.

“Ganti dengan yang lebih bagus. “Move forward and move fast”,” kata Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat