Armada Perak Dedah Gambar Mahathir Jumpa Pemimpin Politik Melayu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Muak dengan sikap berpura-pura yang ditunjukkan bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang penyokong parti itu tampil mendedahkan sekeping gambar sebelum perjumpaan “Langkah Sheraton” diadakan.

Menurut Ketua Penerangan Armada Bersatu Perak, Mohd Herman Md Haassan satu perjumpaan telah diadakan di rumah Dr Mahathir yang dihadiri semua pemimpin politik Melayu.

Di dalam perjumpaan tersebut, Dr Mahathir dikatakan telah bersetuju untuk membentuk satu gabungan baharu bagi membentuk kerajaan tanpa DAP.

“Perjumpaan di kediaman Tun Dr Mahathir pada siang hari sebelum “Langkah Sheraton” – 23hb February 2020. Semua pemimpin besar Melayu hadir.

“Tun mahu semua pemimpin Melayu kembali bersatu, ketika ini, 131 ahli parlimen menyokong Tun. Pada masa ini Tun tak kata pun ‘tak nak UMNO sebagai en bloc’,” tulisnya.

Melalui gambar tersebut turut kelihatan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohammad Azmin Ali, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Mohd Herman turut menjelaskan sebaik mendapat persetujuan Mahathir, maka satu lagi perjumpaan diadakan di Hotel Sheraton yang dihadiri oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.

Rentetan daripada itu Mahathir kemudiannya mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri sekaligus menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Terdahulu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut mendakwa bahawa Mahathir telah berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan PH.

“Apa yang saya lakukan bukan untuk pecah-belahkan parti tapi untuk menentukan apa yang Tun (Dr Mahathir) sendiri mahu.

“Dan Tun mahu supaya kalau boleh pemimpin-pemimpin Melayu Bersatu kembali. Itu saya lakukan.

“…ada beberapa perkara dia minta saya lakukan,” kata Hamzah pada sidang media yang diadakan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa dirinya mendalangi komplot untuk menyingkirkan Dr Mahathir dan penyokongnya dari Bersatu, serta memecah belahkan parti itu.

Hamzah berkata permintaan Mahathir itu disampaikan kepada pemimpin parti termasuk anaknya, Datu Seri Mukhriz Mukhriz , Muhyiddin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu, dalam pertemuan yang diadakan di rumahnya.

“…nak cari jalan bagaimana untuk Bersatu keluar dari PH. Ini permintaan (Dr Mahathir) dan saya kata okay kita sama-samalah.

“The rest is history bila Tun letak jawatan,” kata Hamzah yang disertai oleh pemimpin Bersatu yang menyokong Muhyiddin termasuk Rina Harun dan Radzi Jidin di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

Hamzah menambah bahawa beliau keluar dari Umno untuk menyertai Bersatu atas jemputan Mahathir dan sentiasa membuat tugas atas arahan bekas perdana menteri itu.

“Tujuan Tun (Mahathir) ketika itu adalah untuk memperkukuhkan Bersatu dan saya bersetuju. Rakan-rakan saya juga bersetuju.

“Tun minta saya bukan sahaja untuk kukuhkan Bersatu tapi kurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP,” kata Menteri Dalam Negeri itu yang pernah memegang jawatan timbalan menteri ketika zaman BN.

Pada awal bulan ini, sumber Bersatu memberitahu bahawa bahawa terdapat usaha untuk menyingkirkan Mahathir dan Mukhriz dari parti, dikatakan diketuai oleh seorang pemimpin kanan parti yang dipercayai Hamzah.

Bersatu kini berpecah dengan Mahathir bersama Mukhriz, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amirudin Hamzah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam menegaskan masih ahli parti itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat