KUALA LUMPUR – Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang digantung Datuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak menolak cadangan sekiranya beliau dan gengnya melompat menyertai parti sekutunya, Pas.
Dalam temu bual The Zaid Ibrahim podcast, Ahli Parlimen Machang itu ditanya bagaimana jika beliau, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Wan Saiful Wan Jan ‘berjemaah’ meninggalkan Bersatu dan menyertai Pas?
“Boleh (dipertimbangkan). Saya unequivocal (tidak berbelah bahagi) dengan cadangan tersebut.
“It is an option. It is a very good option,” ujar Wan Ahmad Fayhsal.
Saranan bernas itu disuarakan Zaid, katanya “apa
salahnya kalau Hamzah dan kawan-kawan seperti Wan Ahmad Fayhsal, Wan Saiful, dan lain-lain lagi sertai Pas memandangkan kamu semua mempunyai sokongan majoriti daripada parti”.



