PM Sedang Perhalusi Kerangka Belanjawan 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menekuni urusan perbendaharaan bagi menyediakan Belanjawan 2023.

Katanya, soal rakyat menjadi fokus utama dalam penyediaan Belanjawan 2023 yang bakal dibentang tidak lama lagi.

“Tengah hari tadi saya bertemu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Anis Rizana binti Mohd Zainudin.

“Kami menelaah serta menekuni urusan Perbendaharaan terutamanya soal rakyat dan Belanjawan 2023 yang akan datang, selain menyelesaikan urusan kerajaan sebelum melangkah ke tahun baru 2023,” katanya pada Khamis.

Difahamkan Belanjawan 2023 akan merangkumi manifesto semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan juga akan meneliti bajet yang dibentangkan oleh menteri kewangan sebelum ini dan tiada halangan untuk meneruskan beberapa perkara yang baik untuk rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat