6 Kampung Orang Asli Gua Musang Dibantu JAKOA, Bomba & APM

- Advertisement -

GUA MUSANG — Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Unit Udara Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menghantar bantuan berbentuk bakul makanan kepada enam kampung Orang Asli Gua Musang sejak 25 hingga 29 Disember.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKOA, penghantaran tersebut dibuat melalui laluan udara menggunakan tiga pesawat daripada Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) beserta 46 orang anggota dari pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi berkenaan.

“Sejumlah 417 bakul makanan telah Berjaya dihantar di dua lokasi iaitu Pos Gob dan Pos Simpor pada 25 & 26 Disember 2022. Seterusnya pada 27 Disember, sejumlah 358 unit bakul makanan telah Berjaya dihantar ke Pos Belatim, KOA (Kampung Orang Asli) Sau, KOA Ladoi dan sebahagian di Pos Balar.

“Pada hari keempat 28 Disember 2022, sebanyak 347 bakul makanan lagi telah berjaya dihantar ke KOA Bihai Lama, KOA Sau, KOA Ladoi dan Pos Balar,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, JAKOA Kelantan dan Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan NADMA akan melaksanakan penghantaran bakul makanan fasa 2 dalam tempoh lebih kurang 3 minggu akan datang.

“Modus penghantaran bakul makanan bergantung kepada keadaan cuaca dan keadaan semasa penghantaran yang dijangka boleh dilaksanakan menggunakan kenderaan darat atau laluan udara,” tambah kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat