Menteri nak jaga syarikat ke jaga pekerja? – Abdullah Sani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menangguhkan pelaksanaan gaji minimum bagi majikan kurang lima pekerja disifatkan sebagai meminggirkan kebajikan pekerja dan cenderung kepada membela syarikat.

Pengerusi Biro Pekerja PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, beliau terkejut dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia berkait dengan kebenaran penangguhan gaji minimum bagi majikan kurang 5 pekerja.

“Menteri ni nak jaga syarikat ke jaga pekerja? Sepatutnya bela pekerja.

“Kalau ekonomi yang menjadi penghalang, ada kementerian lain yang sepatutnya jaga ekonomi. Jangan tangguh kebajikan rakyat pekerja.

“Kalau ekonomi tak pulih dalam 6 bulan akan datang, nak tangguh lagi gaji minimum? Soal beliau.

Tegas Abdullah Sani lagi, beliau antara orang yang
terlibat dari awal dalam membuat dasar gaji minimum.

“Bila Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 nak dilaksana, dia pergi tangguh pula!

“Hak pekerja tetap hak pekerja. Jangan ada sebarang alasan lagi!! katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdullah Sani turut mengemukakan saran supaya kementerian berkaitan perlu adakan program pembangunan sehingga peniaga kecil dan sederhana mampu menjana pendapatan tahunan yang tinggi.

Selain itu cadangnya, institusi kewangan perlu memudahkan pengurusan kredit kepada perniagaan kecil dan sederhana.

“Perkenalkan program seakan “subsidi upah” untuk menampung defisit gaji minimum kepada pemain industri kecil dam sederhana.

“Juga memberikan diskaun cukai atau rebat cukai kepada pemain industri kecil dan sederhana yang melaksanakan gaji minimum,” cadang beliau.

Pada 27 Disember lalu, kerajaan menangguhkan penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja sehingga 1 Julai 2023.

Menteri Sumber Manusia, berkata, majikan bagi kategori itu diberi penangguhan selama enam bulan terhadap penguatkuasaan gaji minimum itu berbanding tarikh 1 Januari 2023 yang ditetapkan sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat