Kurang aksi banyak drama

- Advertisement -

FILEM: The King’s Man

PENGARAH: Matthew Vaughn

PENULIS SKRIP: Matthew Vaughn, Karl Gajdusek

PELAKON: Ralph Fiennes, Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Bruhl, Djimon Hounsou, Charles Dance

TERBITAN: Marv Studios, Cloudy Productions

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

FILEM The King’s Man ini adalah satu daripada beberapa filem yang dinantikan kemunculannya.

Memandangkan saya dan kebanyakan kita semua sudah pernah menonton beberapa siri filem Kingsman yang terdahulu, saya meletakkan jangkaan yang agak tinggi untuk filem prekuel ini.

Ini kerana prekuel kali ini penonton dibawa kembali ke tahun 1902, di mana, penonton akan faham bagaimana asal usul Kingsman ini dan bagaimana ia terbentuk.

Secara ringkasnya, The King’s Man mengisahkan mengenai keluarga bangsawan Duke of Oxford, Orlando yang membesarkan anak tunggalnya, Conrad selepas isterinya terbunuh saat mereka melawat kem mangsa perang di Afrika Selatan.

Penuh tragis, kematian isterinya, Emily mencetuskan satu semangat dalam dirinya, sekaligus menguatkan lagi hatinya bahawa dunia ini memerlukan seorang manusia yang mampu menghentikan sesuatu konflik sebelum ia berlaku.

 

 

12 tahun berlalu dan Conrad pun kini meningkat dewasa. Ingin menyertai tentera untuk mempertahankan negaranya, Conrad ditegah Orlando yang tidak mahu nyawa anaknya tergadai.

Pada masa sama, Orlando juga sebenarnya sudah merekrut dua pembantunya, Shola dan Polly sebagai penyiasat yang memiliki banyak kontak. Mereka juga bertanggungjawab menjaga keselamatan United Kingdom serta empayar kerajaan British pada ketika itu.

Konflik mula tercetus apabila pewaris takhta Austria-Hungary, Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo, Bosnia dan pada ketika itu, Orlando dan Conrad turut berada dalam kenderaan berkenaan bersama dengannya.

Dari situ, Orlando dan Conrad perlu bertemu dengan beberapa watak antagonis lain antaranya Grigori Rasputin dan ramai lagi. Kematian Conrad juga sebenarnya banyak memberi pengajaran dan membuka mata Orlando untuk meneruskan niat murninya.

Dari segi jalan cerita, ia bukanlah seperti jangkaan saya dan ada beberapa babak yang membuatkan saya sendiri rasa bosan.

Babak aksinya juga tidak terlalu banyak kerana lebih banyak drama serta penceritaan. Mungkin pengarahnya ingin penonton memahami sejarah The King’s Man yang ingin dipaparkan dalam prekuel kali ini.

Namun, perkembangan jalan ceritanya mudah difahami dan penonton akan faham bagaimana Kingsman itu sendiri terbentuk sehinggalah wujudnya filem-filem terdahulu.

 

 

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat