Skuad Waja Gen Z bantu tingkatkan kesedaran masyarakat mengenai jenayah terhadap wanita – JPW

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

BANGI – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menubuhkan Skuad Waja iaitu skuad sukarelawan berperanan sebagai ejen serta mata dan telinga kerajaan dalam komuniti bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai jenayah.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah menyempurnakan pentauliahan kepada 300 ahli Skuad Waja Gen Z terdiri daripada remaja dan belia yang berusia antara 18 hingga 30 tahun, di majlis Konvensyen Skuad Waja Kebangsaan 2024 di Bangi Avenue Convention Centre dekat sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Hanani Sapit, dan Timbalan Ketua Pengarah JPW, Datin Izzatul Shima Md Thahir.

JPW dalam kenyataannya memaklumkan penganjuran konvensyen yang julung kali diadakan ini merupakan platform kerajaan untuk memberikan pengiktirafan kepada Skuad Waja yang telah menyumbang kepada kesejahteraan, keharmonian dan pembangunan negara.

Menurutnya, menerusi konvensyen ini, Skuad Waja yang terpilih akan dikurniakan Anugerah Skuad Waja Bestari dan penilaiannya dibuat berdasarkan program Sumbang Bakti Skuad Waja yang dilaksanakan oleh mereka pada tahun ini.

“Sebanyak 26 program telah berjaya dilaksanakan melibatkan seramai 2,227 orang peserta dalam komuniti seluruh Malaysia dinilai dengan impak program kepada komuniti, kesinambungan, kebolehcapaian, kolaborasi strategik serta aspek kreativiti dan keaslian program.

“Jawatankuasa panel penilai adalah terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta yang bertujuan untuk mendapatkan penilaian secara lebih menyeluruh,”katanya.

“Pada tahun ini peranan Skuad Waja juga telah diperluas bagi membantu dan menyantuni golongan remaja dikenali sebagai Skuad Waja Gen Z yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik JPW-LPPKN.

“Menerusi kerjasama ini seramai 300 orang ahli Skuad Waja Gen Z telah dilatih menggunakan Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI), ”katanya lagi.

“Menerusi konvensyen ini pengiktirafan terhadap mereka juga diberikan melalui pentauliahan ini kepada ahli yang telah berjaya mengikuti dan menamatkan program latihan.

“Penubuhan Program Sukarelawan Skuad Waja ialah inisiatif KPWKM melalui JPW yang bertujuan untuk memperkasakan komuniti melalui program bimbingan psikososial dan aktiviti dalam komuniti,”ujarnya.

“Program Skuad Waja merangkumi aspek kesejahteraan, kepimpinan, keselamatan dan ekonomi bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu jenayah yang sering berlaku terhadap wanita.

“Skuad Waja berperanan menyediakan bantuan awal kepada mangsa yang berhadapan dengan situasi keganasan atau penindasan.

“Ianya ditubuhkan untuk memperkasa komuniti melalui bimbingan psikososial dan aktiviti dalam komuniti bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah,”ujarnya lagi.

“Program ini merupakan tempat rujukan masyarakat terutama dalam menangani keganasan terhadap wanita di mana mereka akan membantu mangsa untuk merujuk kes kepada pihak yang berwajib dan mendapatkan pertolongan secara profesional.

“Sejak penubuhan Skuad Waja pada 2021 hingga Oktober ini, jumlah keseluruhan ahli Skuad Waja adalah seramai 337,958 orang dengan seramai 77.5 % (peratus) atau 262,048 adalah wanita dan 75,910 ahli skuad lelaki atau 22.5 %,”tambah kenyataan itu.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat