Sedia gencatan senjata untuk lepaskan tebusan, tapi perang tak tamat – Netanyahu

- Advertisement -

JERUSALEM- Benjamin Netanyahu menyatakan kesediaan beliau untuk menerima perjanjian gencatan senjata di wilayah Gaza, susulan perkembangan sama yang berlaku di Lubnan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan peperangan yang sudah berlanjutan lebih 13 bulan itu.

Sebaliknya, pemimpin yang berhadapan dengan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) itu menegaskan, Israel berhasrat untuk meneruskan perangnya dengan pasukan pejuang Hamas, lapor Agensi.

Pada masa sama, Netanyahu optimis berhubung usaha untuk membebaskan mangsa yang masih dalam tawanan Hamas.

“Jawapannya jelas… saya bersedia untuk gencatan senjata di selatan, yang kami fikir boleh mencapai pembebasan mangsa culik,” kata Netanyahu dalam wawancara pertama beliau dengan Channel14 sejak perjanjian gencatan senjata Lubnan dicapai.

Berikutan gencatan senjata di Lubnan dan pemimpin Hamas Yahya Sinwar telah meninggal dunia.

Jadi Netanyahu mendakwa keadaan semakin bertambah baik untuk perjanjian tebusan dengan Hamas.

Netanyahu berkata, beliau menerima gencatan senjata di Lubnan kerana “kami mencapai apa yang kami ingin capai”.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat