Youth4Climate: ’30 Tahun Bla Bla Bla’ – Greta Thunberg Sindir Omong Kosong Pemimpin Dunia

- Advertisement -

MILAN: Aktivis alam sekitar Greta Thunberg menggunakan peluang berucap di pentas dunia untuk menyindir pemimpin dunia berhubung tindakan menangani pemanasan global.

Berucap pada sesi pembukaan Youth4Climate di Milan, Itali pada Selasa, Greta mendakwa tiada tindakan konkrit dilakukan pemimpin dunia selain omong kosong semata-mata, lapor The Guardian.

“Tiga puluh tahun bla, bla, bla.

“Bangun kembali menjadi lebih baik. Bla bla Bla.

“Ekonomi hijau. Bla bla Bla.

“Sifar karbon menjelang 2050. Bla, bla, bla.”

Aktivis berusia 18 dari Sweden itu mendakwa banyak yang telah dijanjikan namun tiada usaha ketara dilakukan untuk mengatasi pemanasan global sejak hampir tiga dekad.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada ucapan kebanyakan ahli politik, terutama Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, yang selalu menggunakan slogan dan istilah sama dalam ucapan mereka.

Pada Februari, Johnson mengejek Biden pada pertemuan G7 kerana mungkin telah “mencuri slogan” daripada kita”.

Greta dalam pada itu berkata dia turut meragui niat penganjur acara Youth4Climate yang dikendalikan oleh World Bank Group ini.

“Para ‘pemimpin’ ini memilih orang muda tertentu untuk menghadiri perjumpaan seperti ini, untuk berpura-pura mendengar keluhan kami, tetapi mereka tidak mendengarnya.

“Tidak ada planet B. Perubahan bukan sahaja boleh dilakukan tetapi perlu dilaksanakan, tetapi bukan dengan cara yang kita lakukan setakat ini,” kata Thunberg.

Ribuan aktivis muda dari kira-kira 190 negara berkumpul di Milan minggu ini dengan sekitar 400 daripadanya mendesak pembuat dasar untuk menyusun cadangan penyelesaian.

Aktivis belia, yang berjuang membawa isu perubahan iklim ke agenda global dicabar untuk membantu mencari jalan penyelesaian menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu COP26 pada November.

Para pemimpin dunia telah bertahun-tahun berjanji untuk mengatasi masalah alam sekitar terutamanya sejak Sidang Kemuncak Rio 1992 di Brazil.

Persidangan PBB COP26 bertujuan mencerap tindakan yang lebih jitu daripada hampir 200 negara yang menandatangani Perjanjian Paris 2015.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat