Nasib Baik Saya Ambil Sepakan Itu – Tae-Su

- Advertisement -

PEMAIN import Sabah FC, Park Tae-su, berkata dia bernasib baik kerana diberikan peluang mengambil sepakan percuma bersejarahnya ketika menentang Petaling Jaya City FC pada Isnin sambil tidak berselindung di sebalik keinginannya untuk melihat jaringan gemilang itu bersaing dalam Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Aksi Kumpulan D, Piala Malaysia di Petaling Jaya pada Isnin menyaksikan Sabah kendalian Datuk Ong Kim Swee terikat 1-1 dengan PJ City, di mana Tae-su meledakkan gol sepakan percuma dari jarak 40 ela sebelum Darren Lok menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-80.

Gol gemilang pemain import dari Korea Selatan itu mencuri perhatian dunia sehingga ia turut dikongsikan FIFA dalam satu ciapan Twitter.

Tae-su, dengan jujurnya, berkata dia bernasib baik dapat mengambil sepakan penalti itu meskipun diragui dan tidak dibenarkan rakan sepasukannya.

Dalam satu temu bual Nadi Arena, dia berkata: “Saya berbincang dengan Levy (Madinda) untuk mengambil sepakan itu, dia berkata ‘Oppa jangan, ia terlalu jauh’ dan dia mahu mengambilnya tetapi N. Thanabalan meyakinkan saya untuk mengambil sepakan itu, jadi nasib baik.

“Sebelum menendang bola itu, saya fikir mahu melakukan sepakan ‘knuckle’ (lencong) tetapi ia terlalu jauh, jadi saya hanya menendang sekuat hati dan ia masuk ke gawang, itu sahaja.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat