Kabinet Baharu Diminta Fokus Kepada Perniagaan, Bukan Sekadar Pengguna

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) berharap kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengambil langkah segera untuk membantu PKS, yang kebanyakannya berada dalam keadaan kritikal dari segi kewangan.

Pengerusi, Dasar dan Hubungan Kerajaan, SAMENTA, Datuk William Ng berkata, pandemik COVID-19 telah menimbulkan masalah pengaliran tunai yang teruk bagi PKS.

Katanya, walaupun statistik dari bank-bank mungkin tidak mengambarkan hal ini, PKS diakar umbi amat terkesan dan ini akan melambatkan usaha pemulihan negara.

Menurutnya, kebanyakan pembekal tidak lagi mahu memberi tempoh kredit kepada PKS, dan ini menyebabkan ramai PKS yang mahu memulakan perniagaan mereka semula, tidak dapat memperoleh bekalan dan bahan mentah.

”Pelan Pemulihan Negara haruslah merangsang permintaan dari perniagaan dan juga dari pengguna. Walaupun keyakinan pengguna penting, keyakinan pelabur (termasuk pelabur domestik) juga sama pentingnya.

”Oleh itu, kami mencadangkan supaya GST diperkenalkan semula pada tahun 2022, pada kadar 4 peratus. Ini lebih rendah daripada SST dan mengurangkan kebocoran hasil, tetapi juga membolehkan cukai input ditolak dari GST yang dikutip oleh perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ng berkata, SAMENTA juga mencadangkan supaya sempadan antarabangsa dibuka semula secepat mungkin untuk perjalanan perniagaan dan mengecualikan syarat untuk kuarantin bagi pelawat perniagaan yang divaksinasi sepenuhnya dan diuji negatif untuk COVID-19 di pelabuhan masuk. Ini akan membantu negara di dalam saingan serantau untuk menarik pelabur asing.

SAMENTA juga mencadangkan kadar cukai korporat bagi pendapatan bercukai RM 500,000 pertama untuk tahun taksrian 2021 dan 2022 dikurangkan kepada 15 peratus. Ini akan mendorong pelaburan semula dan mendorong keusahawanan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PKS yang telah menggulung tikar kerana pandemik ini.

”Untuk membantu PKS dengan aliran tunai, kita harus mengecualikan bayaran HRDF hingga akhir tahun 2021 dan mengurangkan bayaran kepada 0.5 peratus untuk tahun 2022. Pada akhir tahun 2019, HRDF mempunyai baki levi sebanyak RM 1.35 bilion.

”Oleh itu, kita mampu mengecualikan PKS dari pembayaran pada tahun 2021 dan menggurangkan bayaran pada tahun 2022, tanpa menjejaskan mandat kita untuk meningkatkan kemahiran pekerja kita. Apabila perniagaan pulih, latihan dan peningkatan kemahiran akan berlaku secara organik,” ujarnya.

SAMENTA kata beliau, merayu supaya kabinet baharu menghentikan semua operasi audit cukai untuk semua kes-kes yang disyaki sebelum 2019 hingga 2023. Biarlah PKS kami kembali pulih sebelum siasatan dan kutipan diteruskan.

Artikel asal disiarkan di DagangNews.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat