Pembangkang Diseru Main Peranan Bantu Kerajaan Bendung COVID-19 Di Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Semua pihak termasuk bersama-sama memainkan peranan dalam membantu Kerajaan Sabah membendung pandemik COVID-19 negeri, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya.

Beliau berkata pemimpin pembangkang juga diseru berganding bahu bersama kerajaan, terutama dalam menjayakan program imunisasi bagi melindung rakyat daripada pandemik COVID-19.

“Kerajaan negeri sedang berusaha dengan gigih bersama Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik untuk keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

“Justeru adalah lebih baik untuk pembangkang bersama-sama memberi kerjasama dan cadangan bagi menambah baik segala yang dilaksanakan demi kebaikan rakyat di negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang antaranya Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berkata kerajaan perlu bertanggungjawab atas peningkatan jangkitan COVID-19, selain membidas kerajaan atas kelemahan yang berlaku.

Shahelmy berkata kerajaan negeri juga yakin dengan adanya tambahan vaksin CanSino untuk negeri Sabah, sasaran untuk mencapai lebih 80 peratus penduduk dewasa Sabah lengkap menerima vaksin boleh dicapai sebelum penghujung Oktober ini.

Menjelang awal September depan jumlah penerima dos pertama bagi penduduk Sabah yang layak menerima vaksin dijangka mencapai 60 peratus, dan sebelum hujung September penerima dos kedua penduduk Sabah dijangka melebihi 60 peratus.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat