Runtuhan Gunung Inas masuk sungai punca banjir – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hasil tinjauan udara yang digerakkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mendapati banyak kesan-kesan runtuhan berlaku di perbukitan Gunung Inas (di kawasan hutan sekunder) yang memasuki aliran sungai dan kesan-kesan hakisan yang intensif.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pemerhatian ini dan hasil kajian saintifik berdasarkan data di lapangan dari segala aspek terutamanya geologi, geomorfologi dan hidrologi akan dijadikan asas utama untuk menghasilkan suatu laporan teknikal yang lengkap.

“Pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah terlibat dalam tinjauan udara dengan kerjasama dari pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tinjauan darat oleh pasukan ‘task force’ bagi penyediaan Laporan Kajian Bencana Banjir Puing 2022 Sungai Kupang, Baling, Kedah.

“Ia akan dibentangkan kepada Parlimen dalam jangka masa terdekat,” kata Takiyuddin dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, task force ini yang diterajui oleh KeTSA terdiri dari pelbagai agensi teknikal dan badan profesional iaitu JMG, JUPEM, JPSM, JPS, MYSA, NAHRIM, MET Malaysia, IGM, KPLB, Perhilitan, BPEN KEDAH, Pejabat Tanah dan Daerah Baling dan pelbagai agensi lain.

Hari ini media melaporkan, tujuh keluarga membabitkan 32 penduduk Kampung Padang Empang, Kupang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Haji Hassan Samah selepas rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter, malam tadi.

Mangsa-mangsa diarahkan mengosongkan rumah masing-masing sejak pukul 10 malam apabila keadaan dikhuatiri tidak selamat berikutan hujan masih melanda.

Dalam kejadian banjir kali kedua selepas tragedi kepala air meragut nyawa tiga penduduk itu, air Sungai Kupang mulai melimpah sejak petang semalam ekoran hujan lebat melanda kawasan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat