Tiada lagi pemerkosaan mandat rakyat – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat tidak akan sesekali melupakan wajah-wajah pengkhianat mandat rakyat sehinggakan negara terpaksa menempuhi tempoh kelam dalam lipatan sejarah tanah air.

Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat semalam, tiada lagi pemerkosaan mandat rakyat yang menjadi punca ketidakstabilan negara selama lebih empat tahun.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, terciptanya sejarah besar buat negara apabila RUU Anti Lompat Parti diluluskan dengan majoriti dua pertiga apabila 11 tidak hadir.

“Harap tiada lagi insiden pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

“Tiada lagi catur-mencatur kuasa di kalangan pengkhianat mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hal demikian menurut Asyraf, sudah tiba masanya mandat rakyat dikembalikan agar sebuah kerajaan mutlak yang bukan didirikan atas pengkhianatan mandat dapat dipilih secara demokratik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat