Kenyataan Mat Sabu Boleh Rendahkan Darjat Islam – Mufti Perak

- Advertisement -

IPOH -Tindakan menyamakan penghijrahan Nabi Muhammad SAW sebagai satu pentuk pelarian boleh merendahkan darjat dan kedudukan Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan kebimbangannya bahawa kenyataan tersebut boleh menimbulkan persesi negatif dan sesuatu yang tidak baik dalam kalangan umat Islam.

“Berdasarkan penilaian saya, pemahaman dan pernyataan yang mengaitkan hijrah Rasulullah SAW sebagai pelarian amat mengelirukan kerana bercanggah dengan al-Quran, as-Sunnah dan pandangan ulamak muktabar.

“Kenyataan ini juga boleh merendahkan kedudukan Islam serta menyamakan darjat Rasulullah SAW dan para sahabat sama seperti pelarian yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harussani Zakaria berkata, terdapat perbezaan yang ketara di antara istilah hijrah dan pelarian.

Menurutnya, hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah strategi mengukuhkan kedudukan dan kedaulatan Islam melalui medium politik bersumberkan wahyu.

“Maka hijrah tersebut menghasilkan kemuliaan kepada agama Islam dengan agama Islam bertapak kukuh memimpin penduduk di semenanjung tanah Hijaz.

“Istilah pelarian merujuk kepada mangsa perang atau mangsa kerakusan penguasa yang melucutkan kemuliaan dan hak-hak sebagai warganegara kepada mereka walaupun sudah berjaya menempatkan diri ke mana-mana negara yang bersimpati dengan mereka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Harussani menasihatkan semua pihak supaya memahami dan mendalami agama Islam melalui susur galur ulama serta kitab-kitab muktabar bukannya dicedok daripada barat yang dihidangkan oleh legasi orientalis.

Tambahnya, umat Islam perlu memelihara kesucian dan keagungan agama Islam yang sentiasa memuliakan Rasulullah SAW dalam setiap keadaan.

Sebelum ini, ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mengingatkan bahawa tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian termasuk Nabi Muhammad SAW.

Kenyataan itu kemudiannya mendapat kecaman banyak pihak yang meminta ia ditarik balik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat