Marzuki Bukan Lagi Setiausaha Agung PPBM – Suhaimi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU / PPBM), Muhamad Suhaimi Yahya menjelaskan beliau masih kekal memegang jawatan itu.

Katanya, tidak timbul isu mengenai pemecatan beliau daripada parti seperti didakwa bekas Setiausaha Agung, Datuk Marzuki Yahya.

“Marzuki bukan lagi Setiausaha Agung BERSATU,” katanya kepada BH.

Dalam satu surat yang viral di media sosial, Marzuki mengeluarkan surat memecat Muhamad Suhaimi kerana melanggar etika kerja dan Perlembagaan BERSATU.

Di dalam surat itu, dinyatakan Suhaimi dipecat kerana membuat keputusan berhubung pentadbiran parti serta mengeluarkan surat pemecatan keahlian tanpa pengetahuan dan tidak merujuk kepada Setiausaha Agung, selaku Ketua Pentadbir Ibu Pejabat parti.

Marzuki dalam surat yang ditandatangannya itu menjelaskan pemecatan itu selaras dengan Perlembagaan BERSATU pindaan 2019, kaedah pemberhentian dan pemecatan ahli di bawah fasal 10 serta fasal 16.6.

Katanya, mengikut fasal 8, pendaftaran keahlian, semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung.

Beliau berkata, mengikut fasal 16.6, tugas Setiausaha Agung ialah mengelola pentadbiran ibu pejabat dan semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli.

Pemecatan Suhaimi itu dipercayai ada kaitan dengan pengguguran Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi Ahli Parlimen dari parti itu.

Empat Ahli Parlimen itu ialah Timbalan Presiden BERSATU yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Berdasarkan surat yang diedarkan kepada media, keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat makluman mengenai perkara berkenaan yang bertarikh 28 Mei ditandatangani Suhaimi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat