YKN & Rakan Strategik KPWKM bantu golongan sasar

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kerjasama erat antara Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama 25 Rakan Strategik di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membentuk satu jalinan yang teguh dalam usaha menyantuni golongan sasar melalui platform tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menterinya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah menyempurnakan Majlis Iftar Sinar Kasih Ramadan YKN bersama 300 orang tetamu terdiri daripada rakan strategiknya dan kumpulan sasar di sini, pada Rabu.

“Penganjuran program ini adalah kesinambungan aktiviti yang telah dilaksanakan pada bulan Ramadan dengan menyumbangkan bakul makanan dan tajaan baju raya kepada anak-anak asnaf,” kata KPWKM dalam satu kenyataannya.

Menurutnya, usaha YKN membantu mereka yang kurang bernasib baik ini, mendapat sumbangan dan sokongan daripada jabatan agensi kerajaan, syarikat korporat, badan bukan kerajaan juga orang perseorangan.

Tambahnya lagi, aktiviti memasak bubur lambuk turut diadakan pada sebelah pagi, menyediakan 5,000 pek untuk diagih dan diedarkan kepada warga kerja KPWKM serta anggota keselamatan dan kesihatan yang sedang bertugas di sekitar Putrajaya.

Ianya dilaksanakan serentak di Ibu Pejabat YKN dan di setiap Pejabat YKN Zon dan cawangan negeri seluruh negara dengan bantuan dan sokongan daripada Sukarelawan YKN.

Dalam pada itu, Nancy merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Rakan Strategik YKN di bawah KPWKM yang turut sama menyemarakkan majlis iftar ini.

“YKN mengalu-alukan sumbangan dan program kolaborasi kepada korporat, Non-Government Organization (NGO) serta orang perseorangan untuk bekerjasama. Setiap sumbangan wang tunai akan diberikan resit pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

Ujarnya lagi, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank atas nama Yayasan Kebajikan Negara Malaysia melalui akaun Alliance Islamic Bank 160140010004801 atau di Maybank Islamic Bank Berhad 568621012284.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff; TKSU (Operasi) KPWKM, Farah Adura Hamidi dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Harun. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat