Syarikat kejuruteraan awam serah zakat perniagaan RM3 juta kepada LZS

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan RM3 juta untuk Lembaga Zakat Selangor daripada sebuah syarikat kejuruteraan awam Bumiputera.

Penyerahan zakat disempurnakan pada Majlis Perasmian Masjid dan Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kota Kemuning, di sini.

Turut dianjurkan serentak ialah Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1445H dan Sambutan Nuzul Quran serta Pelancaran Tabung Pembangunan Ehsan Selangor Gaza.

Sultan Sharafuddin diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pada majlis berkenaan, baginda berkenan berbuka puasa bersama rakyat selain menyertai solat berjemaah Maghrib, Isya dan tarawih.

Sultan Selangor juga menyampaikan sumbangan hari raya berjumlah RM238,000 kepada 476 penerima dari daerah Klang, membabitkan 136 asnaf fakir, 225 asnaf miskin dan 115 saudara baharu.

Baginda turut melancarkan Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza, inisiatif kerajaan negeri bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membangunkan semula Gaza.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Pintas Utama Sdn Bhd, Tan Sri Ir Zainudin Karjan menzahirkan rasa syukur dengan keadaan ekonomi semasa negara yang stabil memberi peluang syarikat berkenaan untuk terus menunaikan tanggungjawab Rukun Islam, kali ini dengan zakat RM3 juta.

“Kestabilan ini membolehkan masyarakat menyumbang kembali kepada golongan yang memerlukan serta memperkukuh institusi umat Islam di negara ini. Usaha murni Pintas Utama dilaksanakan dengan program-program kebajikan di bawah Yayasan Pintas Utama.

“Pada bulan mulia ini, kami meraikan dan menyantuni 18 rumah anak-anak asnaf terpilih merangkumi seluruh Semenanjung,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat