Aman Palestin beri tempoh 3 hari kepada SPRM

- Advertisement -

BANGI — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi tempoh tiga hari untuk menyahbekukan akaun Aman Palestin.

Gesaan itu dibuat oleh Aman Palestin setelah menyerahkan surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Bahagian AMLA SPRM hari ini.

Peguam Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata sekiranya pihak SPRM gagal, tindakan perundangan sepatutnya dan suaimanfaat akan diambil.

“Umum sedia maklum Aman Palestin dan ahli-ahli lembaga pengarah Aman Palestin kini sedang disiasat oleh pihak SPRM.

“Kenyataan media pihak SPRM bertarikh 23.11.2023 pada perenggan ke-3, jelas berniat jahat dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif terhadap Aman Palestin.

“Surat notis sudah dihantar hari ini mengikut Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) untuk perintah pembekuan akaun dibatalkan atau diubah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Aman Palestin hari ini.

Menurutnya kenyataan SPRM berkait dengan kes ini tidak cermat, tidak teliti, tidak boleh dipercayai, dan tidak berintegriti.

Rafique berkata kerjaaan juga perlu menjelaskan mengapakah agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan ini mengambil tindakan membekukan akaun bagi aktiviti-aktiviti kemanusiaan.

“Aman Palestin juga menggesa ahli-ahli parlimen membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat sama ada Kerajaan ataupun Pembangkang. Isu derma dan bantuan kepada Palestin adalah isu sejagat.

“Kesemua dokumen yang diminta juga diserahkan salinan masing-masing. Sehingga kini Aman Palestin telah mengeluarkan kos fotokopi dokumen- dokumen berkenaan sebanyak hampir RM 12,000.00,” katanya.

Jelasnya sehingga hari ini sebanyak 3 orang pekerja, CEO dan 5 orang ahli lembaga pengarah telah dipanggil ke pejabat SPRM di Putrajaya.

“Kesemua staf, CEO dan ahli lembaga pengarah hadir tanpa mengelak atau memberi sebarang sebab ketidakhadiran.

“Pihaknya juga memberitahu bahawa ke semua 41 akaun yang dibekukan adalah bukan semuanya milik Aman Palestin tetapi milik rakan strategik Aman Palestin dan akaun-akaun ahli lembaga pengarah dan kakitangan,” katanya.

Rafique berkata kesemua aset Aman Palestin diperoleh dengan hasil yang halal dan bukan daripada sumber yang haram.

“Sehingga hari ini juga, aset-aset telah dibekukan berupa 12 bidang tanah, 4 bangunan, 4 buah kereta termasuk RM15,868,762.00 yang merupakan hasil sumbangan rakyat Malaysia.

“Kesemua aset ni semata-mata untuk pelaburan yang dibenarkan di bawah memorandum dan artikel Aman Palestin bertujuan semata-mata bagi mempertingkatkan kebolehan Aman Palestin memberi bantuan kemanusiaan dan bukanlah bagi tujuan peribadi ahli lembaga pengarah Aman Palestin,” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat