IRC 2024 himpunkan pakar, 800 peserta dari Asean

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 memberi fokus hal berkaitan teknologi-teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan dan Blockchain serta strategi-strategi untuk merapatkan jurang digital bagi mempromosikan ketersambungan inklusif.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, forum ini juga menghimpunkan barisan pakar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengawal selia, penggubal dasar dan delegasi ASEAN, untuk bertukar pandangan dan mempengaruhi trajektori kawal selia dalam landskap global yang semakin berkembang.

“IRC 2024 yang julung kali diadakan berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu berkaitan inovasi digital dan kawal selia.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa Malaysia sedang giat merangka undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian bagi menangani ancaman dalam talian yang timbul,” katanya.

Selain itu, jelasnya antara usaha berterusan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membina sebuah komuniti berdaya tahan termasuklah meningkatkan usaha keselamatan siber yang memberi keutamaan kepada keselamatan dalam talian.

“Kerajaan baru-baru ini juga telah meluluskan Akta Keselamatan Siber 2024 bagi memperkukuh kerangka keselamatan siber negara.

“Kerajaan juga sedang memuktamadkan sebuah kerangka yang konstruktif bagi mengawal selia platform dalam talian untuk melindungi mereka berusia 13 tahun ke bawah daripada ancaman negatif akibat pendedahan awal penggunaan media sosial.

“Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan visi pasca 2025 untuk komuniti ASEAN yang menekankan kepada aspek ketahanan, kestabilan dan keamanan,” katanya.

Bertemakan ‘Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future,’ persidangan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini memastikan sektor telekomunikasi terus berkembang dan membentuk masa depan ekosistem digital kekal sebagai daya penggerak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat