Konsert a night with Aina Abdul live in Singapore akan berlangsung pada 6 Januari

- Advertisement -

Seorang penynayi wanita yang mempunyai vokal yang luar biasa dan merdu, Aina Abdul sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi, Kejayaan demi kejayaan membuatkan Penyanyi ini mengukuhkan kedudukanya sebagai artis yang hebat dengan mencapai pelbagai pujian dan pengiktirafan di malaysia mahupun pentas antarabangsa.

Bukan sekadar sensasi jadi ukuran, malah konsert demi konsert dianjurkan bagaikan goreng pisang panas dan sentiasa ‘full house’ dan ‘outstading’. Selepas tiga kejayaan konsert solo di Malaysia, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani kini terbang ke Kota Singa untuk konsert solo pertamanya.

Bertempat di The Theatre at Mediacorp yang memuatkan 1,800 kapasiti penonton, Aina akan beraksi dalam Konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore pada 6 Januari 2024.

Konsert anjuran Neptune Presents dan Aina Abdul Entertainment selaku penganjur bersama bakal mencatat satu lagi sejarah kegemilangan buat pelantun lagu Sumpah dan Terus Hidup itu.

Aina bakal mempersembahkan 26 rangkaian lagu hits menerusi konsert berdurasi selama 2 jam 30 minit itu. Lebih hebat, persembahannya akan diiringi 15 pemuzik profesional yang diterbangkan dari Malaysia di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Mac Chew.

Aina berkata, dia bersyukur akhirnya impian mengadakan konsert solo di Singapura dimakbulkan. “Akhirnya, saya akan bertemu empat mata dengan peminat di Singapura. Syukur, impian jadi kenyataan dengan kerjasama bersama Neptune Presents.

“Apa yang boleh saya janjikan, tentunya ia menjadi momen terindah buat saya dan
peminat di Kota Singa.

“Perancangan sudah dilakukan sejak tiga bulan. Sudah tentunya ada kejutan yang bakal
menanti,” katanya.

Sementara itu, penganjur konsert yang juga aktres terkenal, Nabila Huda berkata, Aina adalah artis tempatan pertama dilamar Neptune Presents untuk konsert solo di seberang tambak.

“Saya dan suami, Mohd Izwan Johar memilih Aina atas permintaan peminat di Singapura.
“Saya percaya Aina sudah layak beraksi di luar negara dengan populariti, kehebatan suara dan imej yang ditampilkan.

“Tentunya banyak kejutan yang bakal dilakukan pada konsert ini nanti.Selain busana diperagakan, Aina juga bakal melakukan kejutan dengan berduet dengan penyanyi undangan, khas buat peminat di Singapura,” katanya.

Nabila berkata, pada awalnya, dia dan Aina mahu meneruskan Konsert A Night With Aina Abdul yang pernah mencipta sejarah di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, kami bersetuju menukar nama kepada ‘A Night With Aina Abdul Live In Singapore’ kerana ini adalah konsert solo pertama Aina di Kota Singa.

“Untuk tampil kelainan, Aina akan membawakan beberapa lagu istimewa buat peminatnya,” katanya.

Ujar Nabila, setiap konsert Aina pasti disulami dengan gimik, begitu juga konsert di Singapura.

“Jadi, nantikan persembahan Aina yang penuh bergaya, memukau peminat dan menjadi momen terindah,” katanya.

Tiket konsert boleh diperoleh dengan harga 88SGD sehingga 258SGD menerusi www.ainaabdul.m

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat