Kertas Siasatan Buku Tulisan Tommy Thomas Dirujuk Kepada Pejabat Peguam Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kertas siasatan itu diterima semula pada 25 Oktober lalu.

“Ia diterima semula dengan arahan supaya beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.

“PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan seperti arahan dan kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat serta arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 1 Oktober lalu, Noorsiah dipetik berkata, polis merakam keterangan Tommy bagi siasatan membabitkan tulisan beliau dalam bukunya My Story: Justice in The Wilderness.

Ia susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya agensi penguat kuasa melakukan siasatan lanjut terhadap kemungkinan salah laku oleh bekas Peguam Negara itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri dan Menteri Kabinet mendengar taklimat daripada pasukan petugas khas mengenai laporan siasatan ke atas buku terbabit.

Berdasarkan siasatan, pasukan petugas khas itu menemukan empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman membabitkan pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional serta kenyataan berbaur hasutan.

Pasukan petugas khas seterusnya mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

Buku bertajuk My Story: Justice in the Wilderness sebelum ini mengundang kritikan pelbagai pihak kerana disifatkan bertentangan dan melanggar sumpah jawatan.

Ini termasuk beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Selain itu, buku terbabit turut menyentuh mengenai peristiwa 13 Mei 1969 yang didakwa ditulis dengan tidak bertanggungjawab tanpa mengira sensitiviti masyarakat selain tuduhan bertujuan merendahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat