PH akan sokong Belanjawan, Muhyiddin perlu hormati Anwar

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan cadangan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Salahuddin, bagaimanapun mesyuarat yang akan diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu tidak akan menyentuh isu menyertai kerajaan campuran bersama Perikatan Nasional (PN).

“Saya fikir kami akan bincangkan (perkara itu) secara menyeluruh, termasuklah apa bentuk kerjasama (dengan kerajaan) …”

“Semua idea (daripada parti pembangkang) akan dibentangkan, kami akan bincang. Tapi saya sangat percaya yang kami mahu sokong Belanjawan dan tidak (akan) membincangkan tentang menyertai kerajaan. Tak ada langsung,” katanya sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pulai itu turut menafikan desas desus kononnya PH bersedia menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan bersama kumpulan Muhyiddin.

“Tak, tak betul tu,” katanya lagi.

Seterusnya Salahuddin menjelaskan isu untuk menjatuhkan kerajaan PN bukanlah lagi isu utama, namun Muhyiddin wajar mengadakan pertemuan dengan pihak pembangkang dan menghormati Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkan di Dewan Rakyat.

“Muhyiddin (jatuh) atau tidak, itu kita patut letak ke tepi… kami akan sokong Belanjawan”.

“Dia mesti hormat kedudukan ketua pembangkang di Parlimen (Anwar) … Saya mahu jelaskan yang kami akan sokong Belanjawan,” tegasnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat