Tindakan pantas APMM selamatkan lebih 100 anak kapal Dayang Topaz

KWSP akan pertimbang setiap permohonan i-Sinar di bawah kategori kedua

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan i-Sinar di bawah kategori kedua, kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad...

Kes COVID-19 AS lepasi 14 juta

NEW YORK: Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mencecah 14 juta pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua menurut  data Johns Hopkins University. Kes meningkat...

Raub daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh tahun ini

KUANTAN: Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh di Pahang tahun ini, apabila 55 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara...

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah...

Rajinikanth Ikrar Bawa Kerajaan Bebas Rasuah

CHENNAI: Bintang filem terkemuka India, Rajinikanth mengumumkan secara rasmi untuk menyertai politik dan berikrar untuk membawa kerajaan 'bebas rasuah' ke negeri asalnya. Hero filem aksi...

KUCHING: Rakyat Sarawak hari ini dikejutkan dengan insiden kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh pelantar minyak di perairan Kuala Baram di Miri, kira-kira 800km dari sini, selepas ekor taufan Molave membadai kawasan itu pada petang Selasa

Seramai 187 kru berada dalam kapal malang itu apabila satu daripada kabel kapal itu putus menyebabkan kapal hilang kawalan apabila dipukul ombak Laut China Selatan dan berlanggar dengan struktur pelantar penggerudian berhampiran.

Jurugerudi, juruperancah dan jurutera antara yang berada di dalam kabin kapal, menyatakan nyawa mereka berada di hujung tanduk dan hanya berserah kepada takdir, dalam insiden yang tidak dijangka di Laut China Selatan yang biasanya tenang.

Insiden malang itu mula menjadi perhatian dunia, sebaik media Sarawak dimaklumkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APPM).

“Ketika Dayang Topaz hampir tenggelam  ada 62 kru kapal yang masih berada di dalamnya manakala 125 lagi  telah meninggalkan kapal,” menurut kenyataan pertama yang diterima media di sini.

Dalam keadaan laut bergelora dan taufan yang masih membadai di kawasan itu, APMM mula mengumpulkan sumbernya termasuk mendapatkan bantuan daripada syarikat minyak di Brunei, untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Menjelang 10 pagi, agensi itu mengesahkan semua mangsa di dalam kapal itu telah diselamatkan dan dalam perjalanan untuk dihantar ke Miri melalui laut, kecuali dua yang cedera akan diterbangkan ke Hospital Miri.

Insiden itu telah mengorbankan dua nyawa namun identiti mangsa tidak didedahkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dalam sidang media lewat petang Selasa berkata semua yang terselamat akan menjalani kuarantin selama 14 hari sebagai sebahagian daripada prosedur saringan COVID-19 di negeri ini.

“Prosedur ini bukan bertujuan untuk membebani mereka, tetapi saya harap mereka faham bahawa kami harus memastikan demi kesihatan awam di negeri Sarawak,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan