Yatt tumpang bahagia

- Advertisement -

PERUBAHAN menuju ke arah kebaikan tentunya akan membuka mata banyak pihak lebih-lebih lagi apabila insan itu adalah dalam kalangan selebriti.

Bagi pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah, dia gembira apabila melihat semakin ramai selebriti terkemuka tanah air mula berubah ke arah kebaikan.

“Bila tengok ramai selebriti yang sudah berhijrah, saya tumpang bahagia. Ia sekali gus memotivasikan diri saya untuk turut serta dan berubah ke arah kebaikan,” katanya.

Bercerita mengenai perubahan, Yatt meluahkan rasa kagum terhadap pelakon dan pengacara popular, Neelofa yang kini sudah mengubah penampilannya dengan mengenakan niqab atau purdah.

“Saya tak mengenali Neelofa terlalu rapat, tapi kami berkawan. Namun, saya sering melihat perubahan yang dilakukannya sejak dahulu sehingga ke hari ini. Dalam penghijrahan, ada pelbagai liku-liku, dugaan dan ujian. Namun, dia nampaknya berjaya mengharungi semua itu, sekali gus menjadi inspirasi buat diri saya,” katanya.

Tambahnya, dia yakin, ikon itu bukan sahaja menjadi inspirasi buat dirinya, tetapi juga buat ramai orang.

“Selalunya, orang akan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu penghijrahan contohnya mengenai tawaran kerja dan sebagainya. Tapi, berbeza dengan apa yang saya nampak dalam diri wanita ini.

“Namun, Neelofa menolak langsung semua alasan dan teruskan dengan niatnya. Dia ramai pengikut di media sosial dan saya yakin, tindakannya itu juga menjadi inspirasi buat ramai orang,” katanya.

Yatt juga mengajak masyarakat supaya tidak menghakimi penghijrahan mana-mana individu kerana mereka sudah menjalankan tanggungjawab mereka.

“Kita sebagai masyarakat, janganlah persoalkan tindakan seseorang untuk berhijrah atau berubah ke arah kebaikan kerana, yang penting, mereka dah mulakan dahulu. Bahagian mereka dah selesai. Daripada nak mencari kesilapan orang, lebih baik kita lihat semula diri kita kerana semua manusia tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan,” katanya.

Walaupun ada sesetengah artis yang tidak kuat untuk bertahan dalam hijrah dan kembali kepada kehidupan sebelumnya, itu juga tidak memberi hak kepada masyarakat untuk melontarkan kecaman.

“Sekarang, artis yang berhijrah umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun ada juga yang kembali kepada kehidupan asal, janganlah kecam mereka.

Tak semua orang kuat untuk beristiqamah. Sebab itu kita kena dekatkan diri dengan orang-orang yang berilmu seperti guru agama dan sebagainya untuk kita sama-sama mengumpul ilmu serta kekuatan.

“Selain itu, sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran. ‘Update’ bacaan kita sebagaimana kita selalu luangkan masa untuk ‘update’ media sosial kita. Itu adalah panduan hidup kita,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat