Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April tahun depan.

Hakim Azimah Omar hari ini menetapkan tarikh baharu untuk kes fitnah itu selepas peguam, M Visvanathan, yang mewakili Apandi, beritahu mahkamah Lim tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini untuk mengikuti prosiding kerana beliau sedang dikuarantin kerana pergi ke Sabah.

Dengan itu, hakim mencadangkan para saksi, yang disapina Apandi untuk kes itu, memberi keterangan terlebih dahulu kerana mahkamah sudah menetapkan pendengaran dibuat pada minggu ini.

Peguam Lim, Rayveni Asogan, beritahu mahkamah anak guamnya mahu berada di mahkamah untuk mendengar keterangan saksi.

Azimah mengarahkan Rayveni memfailkan keterangan saksi Lim dan mengarahkan Visvanathan menyerahkan soalan untuk para saksi sebelum 26 Jan tahun depan.

Apandi memfailkan saman terhadap Lim tahun lalu atas dakwaan beliau membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB.

Beliau mendakwa Lim menulis artikel berunsur fitnah berjudul “Dangerous fallacy to think Malaysia is on the road to integrity” yang diterbitkan dalam sebuah portal berita.

Beliau berkata, artikel itu membawa maksud bahawa beliau terlibat dalam jenayah dan menggambarkannya sebagai orang yang tidak berintegriti.

Apandi meminta ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan pampasan tambahan untuk ganti rugi teruk dan teladan serta pelepasan lain yang dianggap perlu oleh mahkamah, termasuk faedah 5%.

Terdahulu, beliau membersihkan nama bekas perdana menteri Najib Razak daripada salah laku membabitkan kes 1MDB dan SRC International.

Najib didakwa kerana pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah jenayah pada 2018. Beliau didapati bersalah atas tuduhan berkaitan dengan SRC International pada Julai. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat