Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19.

Jelas Asyraf, ia penting memandangkan ujian saringan pertama belum dapat memastikan sama ada individu terlibat bebas Covid-19 atau sebaliknya.

“Nasihat saya kepada semua sebagaimana yang dinasihati doktor, sekiranya keputusan ujian saringan awal negatif masih ada risiko dan perlu juga menjalani kuarantin diri selama 14 hari untuk memantau diri sendiri.

“Ini kerana virus mungkin hadir dalam badan cuma tidak dapat dikesan pada peringkat awal saringan.

“Dalam tempoh 14 hari, jika ada sebarang simptom seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak, mesti segera buat ujian kali kedua,” katanya di Instagram.

Terdahulu, Asyraf yang menjalani ujian Covid-19 kerana berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sabah lalu disahkan negatif daripada penyakit itu.

Bersyukur dengan keputusan ujian berkenaan, Asyraf turut menasihati orang ramai kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Pada masa sama, Asyraf turut mengajak semua pihak mendoakan agar penularan Covid-19 dapat diputuskan secepat mungkin.

“Apa-apa pun terus patuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka.

“Elakkan bersalaman mahupun bersentuhan ala penumbuk dan sentiasa basuh tangan atau membawa pembasmi kuman ke mana-mana.

“Moga kita semua dipelihara Allah dan dijauhkan-Nya daripada wabak penyakit virus Covid-19 ini. – MalayMail

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat