Covid-19: Empat Daerah Di Sabah Dikenakan PKPD Bersasar

KUALA LUMPUR — Empat daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini (29 September) sehingga 12 Oktober depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk itu dilaksanakan bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 di empat daerah itu serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di Daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 Sept 2020 dan daripada jumlah itu Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

“Mengambil kira jumlah kes itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) telah memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut Ismail Sabri berkata dalam tempoh pelaksanaan PKPDB, semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan terlibat dan bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan penting di empat daerah terlibat, sementara pangkalan perubatan akan dibuka di kawasan PKPDB itu.

Malah, katanya, semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB akan ditutup.

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta supaya bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” katanya.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian khas iaitu Lahad Datu (089-881255), Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020). — Bernama

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Pesakit Kategori 4, 5 Meningkat, Penggunaan Katil ICU Cecah 97 Peratus – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA - Bilangan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 yang diperoleh daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) perkhidmatan hospital di seluruh...

Polis Buru Lima Penyamun

KLANG – Lima penyamun kini diburu polis selepas terlibat mencederakan pembantu kedai menggunakan batang dan rantai besi sebelum melarikan dua rantai emas dalam kejadian...

4,949 Kes Baru Covid-19, 6,588 Pulih & 60 Kematian Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia kekal mencatatkan penurunan jumlah kes sembuh Covid-19 iaitu 6,588 kes berbanding semalam, 8,163 kes sekali gus kekal mengatasi kes positif yang...