Kit Siang Merayu PM, SPRM Gugurkan Kes Terhadap Menantunya

- Advertisement -

George Town – Ahli veteran DAP, Lim Kit Siang merayu kepada Perdana Menteri, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengugurkan dakwaan terhadap menantunya Betty Chew Gek Cheng.

Kit Siang sebentar tadi mendakwa Betty telah menjadi mangsa politik suaminya sambil menyifatkan wanita itu tidak jahat seperti yang diwar-warkan.

“Saya merayu secara terbuka kepada PM (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin, AG (Peguam Negara) Idrus Harun dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggugurkan tuduhan pengubahan wang haram terhadap menantu saya,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP Pulau Pinang hari ini.

Kit Siang turut berkata menantunya itu merupakan seorang isteri yang penyayang dan setia.

“Saya mengenali Betty selama 3 dekad. Carilah di rumahnya dan anda tidak akan menemui beribu perhiasan, jam tangan, beg tangan mewah atau jutaan mata wang asing.

“Penganiayaan terhadap musuh politik harus dihindari, harus ada kesopanan dan kehormatan dengan tidak melibatkan ahli keluarga yang tidak bersalah.

“Janganlah kita menghancurkan keluarga Guan Eng semata-mata untuk mencapai sasaran utama. Berhentilah “mengejar” isteri dan anak-anaknya,” katanya lagi.

Betty akan di dakwa di bawah di Mahkamah Sesyen Butterworth, Selasa ini, mengenai penglibatannya dengan sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

Dia dituduh dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) Selasa ini.

Ketika mengulas mengenai dakwaan terhadap anaknya Lim Guan Eng, ahli parlimen Iskandar Puteri itu berkata anaknya pernah mengalami penganiayaan yang lebih teruk sebelum ini dan itu telah menjadikannya sebagai ahli politik yang kuat hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat