Afidavit Apandi Dedah Komplot Mahathir & Gopal Ke Atas Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengikrarkan afidavit menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan kelayakan Dato Sri Gopal Sri Ram daripada bertindak sebagai Pendakwa Raya utama di dalam semua kes jenayah terhadap Najib.

Apandi melalui afidavitnya mendedahkan, komplot anatra Mahathir dan Gopal Sri Ram bermula pada Januari 2018ketika Gopal datang ke rumahnya.

Gopal yang datang bersama seorang peguam muda berbangsa Cina ketika di rumah Apandi memberikan hujah panjang agar Apandi tidak menolak Gopal yang juga merupakan bekas seorang hakim.

Walau bagaimanapun, Gopal menerangkan kepada Apandi bahawa hujah panjang tersebut hanyalah rekaan semata-mata yang dibuat Gopal agar membolehkan pertemuan tersebut diadakan.

Gopal Sri Ram kemudiannya memberitahu bahawa beliau mempunyai agenda yang lebih besar hendak disampaikan kepada Apandi berkenaan rancangan yang dibuat oleh Mahathir untuk membolehkan penahanan terhadap Najib Razak.

“Saudara, kamu akan jadi hero di mata rakyat dan jadi Peguam Negara yang pertama membuat penahanan terhadap seorang perdana menteri(Najib Razak). Jangan risau, kami telah membuat rancangan, hanya perlukan persetujuan dari kamu,” kata Gopal sebagai memujuk Apandi menurut Afidavit Apandi tersebut.

Apandi kemudiannya bertanya kepada Gopal berkenaan perkara yang boleh disabitkan kepada Najib untuk membuat rancangan penahanan berkenaan.

Gopal bagaimanapun, memaklumkan bahawa masyarakat di luar tidak senang dankecewa dengan Najib Razak dan sekiranya Apandi menahan Najib tidak kira apa sabitan kesalahan sekalipun, masyarakat di luar akan gembira.

Demikian antara pujukan yang dibuat oleh Gopal dalam pertemuannya di rumah Apandi namun, Apandi menyatakan untuk memikir semula berkenaan perkara tersebut sebelum Gopal Sri Ram dan peguam muda berbangsa Cina yang bersamanya, meninggalkan kediaman tersebut.

“Pada 26 Januari 2016, saya telah memutuskan bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berkenaan dengan 3 kertas siasatan MACC mengenai alegasi RM2.6 Bilion dan dua kertas siasatan yang berkaitan dengan Syarikat SRC International atas tuduhan suapan yang dikatakan diterima oleh Najib daripada SRC dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa Perdana Menteri ketika itu telah menyalahgunakan kedudukannya apabila jemaah menteri telah meluluskan jaminan terhadap pinjaman sebanyak RM4 Bilion kepada syarikat SRC International dariapda Kumpulan Wang Persaraan.”

Apandi turut mendedahkan, ketika Pakatan Harapan baru mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional, Gopal Sri Ram yang juga merupakan antara penasihat kepada Tun Dr Mahathir, memberitahu kepadanya bahawa wang yang dijumpai dalam akaun Najib sudah cukup untuk membuat pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Saya terkejut dengan sikapnya yang menunjukkan pendekatan yang tidak wajar yang datang dariapda seorang bekas hakim mahkamah apex dan seorang peguambela jenayah terkemuka yang sentiasa berhujah mengenai hak untuk perbicaraan yang adil terutamanya bagi tertuduh.

“Saya telah diajar dan dilatih oleh yang individu- individu terbaik sebagai DPP semasa perkhidmatan saya yang sangat berharga dalam Kerajaan bahawa seorang pendakwa raya yang baik tidak akan memutuskan untuk mendakwa mana-mana pihak yang dituduh tanpa inengambil kira pernyataan tertuduh, dengan amaran atau sebaliknya, dan keseluruhan struktur cadangan pembelaan mana-mana pihak yang dituduh.

“Hanya dengan meneliti cadangan pembelaan tertuduh, seorang pendakwa raya yang berhati-hati dapat melakukan siasatan dengan lebih lanjut dan akhimya dapat memutuskan bahawa pihak pendakwaan tidak hanya memiliki kes pendakwaan yang baik akan tetapi kes yang melampaui keraguan munasabah walaupun pembelaan yang penuh dalam kertas siasatan telah dipertimbangkan secara menyeluruh.”

Gopal Sri Ram seterusnya sekali lagi mengejutkan Apandi apabila menyatakan bahawa seorang pendakwa raya tidak perlu mengambil berat tentang versi pembelaan, sebaliknya seorang pendakwa raya hanya memerlukan bukti prima facie mengenai suatu jenayah dan setelah perkara tersebut dapat dibuktikan, tertuduh hendaklah memberikan penjelasannya di mahkamah.

Gopal turut menyatakan bahawa walaupun SPRM telah membebaskan seorang suspek (merujuk kenyataan SPRM berkenaan alegasi RM2.6 Bilion dalam akaun peribadi Najib Razak), ianya masih terpulang kepada pendakwa raya untuk membuat pertuduhan.

“Saya tidak pernah mendengar pandangan yang begitu pelik keluar dariapda mulut seorang yang kononnya sangat berpengalaman.

“Saya membuat kesimpulan bahawa Gopal Sri Ram mempunyai misi yang jelas berat sbeelah terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam semua kes-kesterhadap Datuk Seri Najib,” jelas Apandi melalui ikrar afidavitnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat