Yang Lompat Parti Pun Sokong RUU Anti Lompat Parti

- Advertisement -

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuka lembaran baru terhadap moral demokrasi di Malaysia bila pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti oleh beliau diluluskan dengan sokongan melebihi majoriti 2/3 Dewan Rakyat.

Boleh dikatakan 100% Ahli Parlimen yang hadir bersetuju bila mendapat 209 undian, cuma kurang 11 daripada MP yang tidak hadir. Ini bermakna ada di kalangan MP yang pernah lompat parti pun menyuarakan rasa bersalah dengan tindakan lalu mereka.

Secara ringkasnya dengan pelaksanaan RUU ini tiada lagi Ahli Parlimen yang akan mengkhianati mandat rakyat yang memilih mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Bila ada Ahli Parlimen yang keluar daripada parti yg mencalonkan mereka dalam PRU/PRK akan tergugur status MP dan satu PRK akan diadakan.

Statistik menunjukkan 70% pengundi Malaysia lebih memilih berdasarkan parti berbanding personaliti calon tersebut secara peribadi. Jadi tindakan lompat parti juga mengkhianati parti yang mengeluarkan dana dan memerah jentera untuk memenangkan calonnya.

Melalui RUU ini seseorang Ahli Parlimen yang menang kerusi itu tetapi dipecat oleh parti juga dikira sebagai melompat parti.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, RUU itu bertujuan untuk memastikan Ahli Parlimen patuh kepada Perlembagaan atau peraturan serta disiplin parti.

Parti yang memecat Ahli Parlimen akan berhadapan risiko kehilangan kerusi kerana PRU perlu diadakan bagi memilih Ahli Parlimen yang baharu.

Strategi meletakkan calon bebas dengan harapan Ahli Parlimen tersebut menyertai parti mereka selepas menang PRU juga berkubur dengan pewartaan RUU ini.

Ahli Parlimen bebas yg melompat menyertai mana-mana parti juga akan tergugur statusnya dan PRK akan diadakan di Parlimen tersebut.

Namun terdapat pengecualian dalam RUU berkenaan iaitu Ahli Parlimen daripada sesebuah parti politik tidak diistilahkan sebagai lompat parti sekiranya parti politik terbubar dengan sendirinya.

Pemindahan gabungan parti untuk menyertai gabungan parti lain adalah kehendak parti bukan keputusan peribadi seseorang MP, jadi tindakan itu tidak diistilahkan sebagai lompat parti.

Pastinya ada hal yang masih tidak sempurna dan memerlukan pindaan lanjut di masa-masa mendatang. Tapi sekurang-kurangnya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah cuba untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan demokrasi di negara ini terus subur dan kerajaan yg tertubuh selepas PRU15 nanti akan lebih stabil.

Great job PM Ismail Sabri Yaakob~!!

Rio Rashid, Kuala Lumpur

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat