Saya Tak Undi RUU Anti Lompat Parti Kerana Tak Setuju – MP Bersatu

- Advertisement -

CYBERJAYA – Salah seorang Ahli Parlimen yang merupakan antara 11 wakil rakyat tidak mengundi Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat hari ini, menjelaskan ketidakhadirannya ke Dewan Rakyat, adalah sebagai tanda protes, lapor portal FMT.

Menurut laporan itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari Bersatu, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas sebab kerajaan hari ini diwakili mereka yang sudah melompat ke parti lain.

“Kerajaan yang kita ada yang mewujudkan lompat parti. Perdana menteri pun dipilih daripada mereka yang bertukar parti.

“Saya tidak menghadiri persidangan kerana tidak bersetuju dengan semua ini.

“Ini kali pertama (lompat parti besar-besaran) berlaku. Kita boleh menunggu sehingga pilihan raya akan datang (untuk bentang RUU itu),” katanya.

Memetik laporan sama, beberapa Ahli Parlimen lain yang tidak hadir hari ini termasuklah Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi dan Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol.

Alasan ketidakhadiran ketiga-tiga mereka tidak dapat disahkan, kata laporan itu.

Turut tidak hadir ialah Ahli Parlimen Taiping Teh Kok Lim dan Ahli Parlimen Bentong Wong Teck kerana sedang menjalani kuarantin Covid-19.

Menurut laporan itu lagi, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malek yang juga tidak hadir hari ini dikatakan sedang berada di Ireland.

Manakala wakil rakyat lain yang tidak hadir membabitkan Menteri Sumber Manusia M Saravanan (lawatan kerja ke Indonesia), Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu (berada di United Kingdom bagi Sukan Commonwealth) dan Ahli Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi (berada di Makkah).

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith, menurut laporan itu, menjelaskan beliau tidak hadir pada persidangan hari ini kerana sakit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat