UMNO dah lama ‘move on’ lagipun PAS dah banyak buat onar semasa dalam MN – Nur Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS dan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dinasihatkan tidak lagi mengenang kisah lama bersama Muafakat Nasional (MN) malah diminta ‘move on’memandangkan UMNO sudah meletakkan noktah dalam hubungan kerjasama politik itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak ada gunanya lagi untuk PAS mengungkit mengenai MN memandangkan sudah banyak onar yang sudah dibuat parti Islam itu selama ini.

“Nasihat saya pada Hadi dan PAS, sudah-sudalah tu nak ungkit kisah dan kenangan lama. Janganlah diseret ahli-ahli PAS sekali dalam sandiwara politik murahan para pemimpin mereka. Orang dah tak ingin, janganlah duduk terhegeh-hegeh lagi. Move on la…mulakan hidup baru sebagai ‘janda’ yang dah expired.

“Untuk apa PAS nak merayu-rayu dan sebut-sebut lagi pasal MN ni. Sudah banyak onar yang PAS sudah buat selama ini. Jadi PAS kena beri satu penjelasan yang konkrit dan memuaskan hati kepada UMNO mengapa MN perlu diteruskan. Ini pun kalau UMNO nak dengar penjelasan PAS. Tapi tak mungkinlah sebab bukan seorang saja yang nak sudah tak mahukan MN, tapi seluruh ahli UMNO dan pemimpinnya sudah letak ‘full stop’ pada MN,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai malah mendakwa, PAS sudah kurang kasih sayang selepas dipermainkan Bersatu.

“Jadi sebab takut kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PAS fikir mereka kena ada gandingan baru. Pasangan ‘recycle’ pun tak apalah janji PAS dapat berkuasa dan ada jawatan-jawatan besar lagi.

“Saya pun pelik, kenapa Hadi dan PAS sebut pasal MN. Bukankah mereka sudah berbahagia selama ini dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN). Hubungan mesra dan erat antara PAS dan Bersatu jugalah yang menjadi punca Hadi sanggup khianat dan berlaku curang dengan MN.

“Ohhh mungkin juga hubungan PAS dan Bersatu sudah retak dalam PN sebab Bersatu banyak membelakangkan PAS dalam banyak hal. Sebab itulah Hadi kembali ‘rindu’ pada MN dan UMNO. Mungkin Hadi mahu menjalinkan kembali hubungan PAS/UMNO yang terputus di tengah jalan,” dakwa beliau lagi.

Minggu lepas kata Nur Jazlan, Presiden PAS masih ulang pendirian mahu teruskan kerjasama dalam MN biarpun UMNO sudah buat keputusan muktamad untuk menolaknya.

Nampaknya Hadi dan PAS macam gila talak dengan MN dan UMNO. Hadi mungkin masih termimpi-mimpikan bayangan wajah pemimpin-pemimpin UMNO dalam tidurnya, katanya.

“Dulu PAS yang tergila-gilakan UMNO sampai Hadi merayu kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk adakan hubungan dan mahu menubuhkan satu kerjasama politik kononnya atas nama perpaduan ummah. Bila UMNO dah setuju, lama-lama PAS buat hal. Lepas tu PAS masih tak dapat melupakan MN biarpun mereka sendiri yang mengkhianati hubungan itu.

“Bagi UMNO, kita sudah lama ‘move on’ dari mengenangkan sejarah MN yang separuh jalan itu. UMNO sudah tiada masa nak fikir-fikir pasal kerjasama yang gagal itu.

“Mana tidaknya, bukan setakat dasar dalaman saja yang UMNO dan PAS tak sehaluan, dasar luar negara juga turut bercanggah. Macam dalam isu pendirian terhadap hubungan terkini Arab Saudi dan Isreal yang semakin rapat serta dipimpin oleh Amerika, PAS melalui Duta Khas Ke Timur Tengah yang didakwa condong kepada Iran pun masih berdiam diri. Jadi, bagaimana nasib penduduk Palestin selepas ini? soal beliau.

Tambah Nur Jazlan lagi, PAS pernah dua kali pinang UMNO semasa dua-dua parti itu jadi pembangkang dan ketika itu Bersatu serta Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah gah sebagai kerajaan dalam Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat