RUU Anti Lompat Parti pastikan kestabilan politik jangka panjang – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dihasilkan melalui perundingan dan perbincangan di antara kerajaan dan pembangkang diyakini mampu menghentikan mana-mana pihak daripada menukar parti tanpa alasan yang kukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, RUU ini juga mampu memastikan kestabilan politik negara dalam jangka masa panjang.

“Kerajaan memandang serius tindakan bertukar parti atau “lompat parti” atau “defection”, “party jumping” atau “floor crossing”. Ini kerana ia melibatkan mandat atau kepercayaan rakyat yang memilih wakil mereka di Dewan Rakyat.

“Hari ini (semalam) dalam sidang Dewan Rakyat, saya mohon mencadangkan pindaan Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

“Dalam masa yang sama, ia juga memastikan kestabilan politik negara dalam jangka masa panjang. Dan saya yakin RUU ini mampu menghentikan mana-mana pihak daripada menukar parti tanpa alasan yang kukuh,” tegas Perdana Menteri dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyatakan keyakinan UMNO akan menyokong RUU tersebut seperti yang telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO 2021.

“Tidak ada alasan untuk mana-mana Ahli Parlimen atau parti politik menolak RUU ini.

“Akta ini perlu diluluskan dengan tuntas dan disokong oleh semua pihak,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat