PN akan jumpa Ismail Sabri tuntut jawatan TPM, ganti Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyatakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma- terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, PN akan menghantar delegasi untuk menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Perdana Menteri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma-terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN.

“Susulan itu, PN memutuskan untuk menghantar delegasi untuk menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat,” tegas Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan pada Khamis.

Difahamkan sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa perjanjian di antara PN dengan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri memang wujud.

Bukan cuma jawatan Timbalan Perdana Menteri, PN juga mendesak Perdana Menteri untuk penggantian Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.

Muhyiddin berpandangan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi itu perlu diganti kerana ia adalah kuota parti Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat