Thor : Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dua rangkaian pawagam tempatan, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV) mengesahkan filem Thor : Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

GSC dan TGV masing-masing membuat pengumuman itu melalui hantaran di Facebook (FB) rasmi mereka.

Melalui entri di laman sosial, GSC mengumumkan Thor : Love and Thunder tidak akan ditayangkan dengan menyertakan keterangan gambar berbunyi:

“Thor : Love and ‘Takde’ secara rasminya.”

GSC menjelaskan pihaknya sudah mendapat maklum balas Disney bahawa produksi Marvel Studios bagi filem Thor : Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

“Kami hargai kesabaran pelanggan dan memohon maaf atas ketidakselesaan yang timbul.

 

Selepas lama menanti, peminat filem terbitan Marvel Studios dimaklumkan filem Thor : Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Selepas lama menanti, peminat filem terbitan Marvel Studios dimaklumkan filem Thor : Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

 

“Sila beli barangan eksklusif filem Thor : Love and Thunder daripada kami,” kata entri berkenaan.

Sementara itu, TGV Cinemas memohon maaf dan sudah mencuba sehabis baik menayangkan Thor : Love and Thunder di rangkaian pawagamnya di seluruh negara.

Entri itu dilengkapi emoji lambang patah hati dan kilat yang menjadi simbolik kekebalan watak Thor.

Filem sekuel keempat terbitan Marvel Studios dan diedarkan Walt Disney Studios Motion Pictures itu sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai lalu, namun, sebelum ini, ditunda kepada 21 Julai.

Namun, filem arahan Taika Waititi yang mengisahkan Thor ingin mencari ketenangan tetapi diganggu pembunuh galaksi, Gorr the God Butcher, ditunda sekali lagi tanpa ada kepastian.

Baru-baru ini, BH Online melaporkan penundaan filem berskala mega dari produksi Hollywood mencetuskan kebimbangan kepada operator pawagam di Malaysia termasuk GSC dan TGV.

Penundaan demi penundaan tarikh tayangan filem Thor : Love and Thunder menambahkan keresahan industri pawagam, sekali gus membuat peminat karakter ciptaan produksi Marvel Cinematic Universe (MCU) itu tertunggu-tunggu.

Filem sekuel keempat terbitan Marvel Studios dan diedarkan Walt Disney Studios Motion Pictures itu sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai lalu, namun, ditunda kepada 21 Julai ini.

Berikutan penundaan itu, pawagam terpaksa memulangkan wang penonton yang sudah membuat tempahan tiket awal.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC yang juga Pengerusi Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE), Koh Mei Lee, dilaporkan berkata, menjadi kerugian besar kepada sektor pawagam apabila filem yang ditunggu tayangannya, ditunda atau dibatalkan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat