SKMM jumpa Ahli Parlimen Putrajaya bincang industri telekomunikasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Persekutuan mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan ahli -ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Hal ini bagi mendapatkan pandangan dan input berkaitan isu-isu pembangunan telekomunikasi bagi mencapai sasaran 100 peratus liputan di seluruh kawasan berpenduduk di Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

SKMM Pejabat Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Pengarah Negerinya Alyas Roy Amir mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahli Parlimen Putrajaya di pejabatnya di Parlimen pada Rabu.

Menurut kenyataan SKMM Wilayah Persekutuan antara perkara yang dibincangkan membabitkan isu berkaitan perkembangan industri telekomunikasi dalam negara.

“Selain itu turut dikongsikan ialah berkenaan inisiatif-inisiatif utama SKMM seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara secara keseluruhannya dan di Wilayah Persekutuan Putrajaya khususnya.

“SKMM memaklumkan bahawa di Wilayah Persekutuan Putrajaya, liputan jalur lebar mudah alih 4G telahpun mencapai 100 peratus liputan dan perkhidmatan rangkaian 5G juga telah tersedia sejak Disember 2021.

“Manakala, purata kelajuan jalur lebar mudah alih di Putrajaya setakat suku pertama 2022 telah mencapai 86.88 Mbps. Pelbagai inisiatif lain juga dilaksanakan oleh SKMM di mana kesemua inisiatif ini dijangka akan menyumbang kepada usaha penambaikan liputan dan juga tahap kelajuan jalur lebar di Wilayah Persekutuan Putrajaya,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, SKMM komited dalam memastikan kualiti pengalaman perkhidmatan komunikasi senantiasa berada pada paras yang terbaik sepanjang masa.

“Dilaporkan sebanyak 29 struktur telekomunikasi baharu yang dikenali sebagai Distributed Radio Access Network (DRAN) telah dibangunkan bagi menyokong inisiatif ini.

“Selain itu, sebanyak 31 struktur telekomunikasi sedia ada juga telah dinaik taraf oleh Penyedia Perkhidmatan untuk memastikan kualiti dan kapasiti perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar di Putrajaya dapat dipertingkatkan.

“Semua usaha ini digerakkan secara bersama oleh SKMM dan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, SKMM Wilayah Persekutuan juga menyentuh mengenai pelaksanaan 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di Putrajaya pula.

Katanyq, SKMM turut kongsikan bahawa sebanyak 123 tapak telah dirancang sepanjang tahun 2021-2022 dan setakat ini sebanyak 75 tapak telah pun siap beroperasi sepenuhnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat