Indeks penilaian utama dunia buktikan Malaysia lebih baik berbanding Indonesia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Indeks penilaian utama dunia membuktikan ekonomi Malaysia adalah lebih baik berbanding negara jiran, Indonesia.

Ini sekali gus menafikan cakap-cakap di media sosial kononnya, Malaysia merudum dalam banyak konteks malah ada rakyat yang sanggup memburuk-burukan negara sendiri.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, pengamatan di media sosial mempamerkan rakyat negara ini lebih suka memburukkan negara sendiri dan seolah-olah hilang keyakinan bahkan lebih buruk seakan membenci negara sendiri.

“Mereka seolah-olah terperangkap dengan serangan persepsi yang memburukkan negara sendiri.

“Maaf. Itu yang sering dilaung dan dipaparkan. Bangun rakyat Malaysia. Kita ada kekuatan. Ini negara kita. Yakin dengan keupayaan kita.

“Kalau dunia menilai kita lebih baik, walaupun bukan terbaik didunia, kita mempunyai asas yang kuat. Kalau dinilai lebih baik berbanding negara jiran. Mengapa kita menolak penilaian dunia terhadap kita? katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Noor Azlan malah menyebut, yang tidak baik ada pada semua negara.

Kita terlalu banyak menghabiskan masa memikir dan membincang yang buruk dan tidak baik hingg kita lupa dan tidak percaya dengan kekuatan sendiri.

“Masa untuk fokus pada kekuatan kita. Mungkin ini yang berlaku di negara jiran kita. Hate Your Own Country Index? Saya belum jumpa indeks ini. Agaknya ranking kita tinggi kalau ada indeks ini,” bidas beliau.

Justeru Noor Azlan turut berkongsi indeks penilaian membandingkan Malaysia dan Indonesia.

“Kerana selalu dipaparkan ekonomi Indonesia semakin baik berbanding Malaysia. Bagus mempunyai negara jiran yang hebat. Menjadi cabaran buat Malaysia.

“Adakah kita mempunyai asas untuk kembali melonjakkan ekonomi negara kita berbanding negara jiran? Saya semak penilaian dunia utama yang terkini terhadap kita. Berdasarkan beberapa indeks penilaian utama dunia, jawapannya ya! Kita ada asas.

“Sangat jelas penilaian dunia terhadap Malaysia adalah jauh lebih baik dari Indonesia,” tegas Noor Azlan.

Menurut beliau berdasarkan World Competitiveness Index 2022: Malaysia (32) mempunyai daya saing yang lebih tinggi dari Indonesia (44).

Manakala katanya, Complexity Index 2022: Kecanggihan ekonomi untuk mengaplikasi tekologi Malaysia (24) jauh lebih tinggi dari Indonesia (67).

“Selain itu, OECD PISA Score 2018: Score Malaysia (Membaca (415), Matematik (440), Sains (438)) lebih tinggi dari Indonesia (Membaca (371), Matematik (379), Sains (396)).

“Global Innovation Index 2021: Malaysia (36) mempunyai keupayaan dan kapasiti berinovasi jauh lebih tinggi dari Indonesia (87).

Begitu juga katanya, dengan Global Food Security Index 2021: Malaysia (39) jauh lebih terjamin keselamatan makanan dari Indonesia (69) dan Corruption Perception Index 2021: Persepsi gejala rasuah di Indonesia (96) jauh lebih teruk dari persepsi rasuah di Malaysia (62).

Hal demikian, momokan kononnya ekonomi Malaysia buruk berbanding Indonesia adalah tidak benar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat