“UMNO, PN dua organisasi berbeza,” kata Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO membuat penegasan bahawa parti itu tidak tahu menahu soal pembatalan Ordinan Darurat yang diputuskan Kabinet Perikatan Nasional (PN) meskipun menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO tidak terkait dengan kegagalan kerajaan Persekutuan.

“Ini dua organisasi yang berbeza. Pengurusan berbeza. Cara dan falsafahnya juga berbeza,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pada Rabu.

Menurut beliau, UMNO tidak tahu pun Ordinan Darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai 2021.

“Walau dalam keadaan ada segelintir Ahli Parlimen dari UMNO sertai kerajaan Persekutuan,” kata Zahid.

Justeru kata beliau, ini antara bukti mengapa UMNO tidak boleh dikait dengan kegagalan kerajaan Persekutuan.

“Ia kerana Ahli Parlimen dari UMNO terbabit bekerja untuk Kerajaan Persekutuan bernama PN.

“Bukan lagi Kerajaan Persekutuan bernama BN yang tewas PRU14 angkara fitnah.

“Ini ibarat sukan apabila pemain pasukan A diimport dan dibayar bermain untuk pasukan B. Jika pasukan B gagal adakah pasukan A juga perlu dipersalahkan? Soal beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat